Masalah berat badan merupakan masalah yang membuatkan kita akan menjadi strees. Terdapat pelbagai cara yang boleh membantu kita untuk membakar lemak dalam badan selain senaman dan diet. Korang juga boleh membakar lemak walaupun ketika tengah makan.
Berikut merupakan makanan-makanan yang boleh bakar lemak dalam badan.
1) Bawang putih/ merah
Bawang mengandungi anti bakteria dan mineral seperti sulfur yang membantu untuk membakar lemak. Selain daripada itu, makanan ini juga berfungsi untuk malancarkan lagi sistem penghadaman dan juga meningkatkan metabolisme tubuh seseorang.
2) Tomato
Tomato mengandungi vitamin A, B6, C dan K yang sangat baik untuk membakar lemak. Selain daripada itu, kandungan kalori yang rendah juga menyebabkan tomato sering menjadi makanan pilihan untuk pengamal diet.
3) Putih Telur
Putih telur adalah merupakan makanan yang menjadi sumber protein paling baik. Protein yang ada di dalam putih telur mambantu untuk proses membakar lemak. Ttapi cuba elakkan atau kurangkan daripada memakan kuning telur kerana ia mengandungi kandungan kolesterol yang agak tinggi.
4) Lada
Mungkin makanan ini akan menghangatkan lagi badan anda. tetali kandungan vitamin A, C, serat, kalsium dan fosforat dapat membantu untuk meningkatkan lagi metabolisme badan dan secara tidak langsung ia akan turut membakar lemak.
5) Anggur
Salah satu makanan yang mambantu untuk membakar lemak anda. Anggur bukan sahaja sumber vitamin C. Tetapi ia turut membawa khasit yang dipanggil pektin.
Pektin dapat mambantu untuk menurunkan tahap kolesterol seseorang.
6) Lobak Merah
Makanan ini mengandungi karotina yang merupakan sejenis vitamin A untuk membantu melancarkan sistem penghadaman dan membakar sisa lemak.
7) Timun
7) Timun
Timun bukan sahaja boleh dijadikan sebagai makanan untuk membakar lemak, tetapi khasiat didalamnya juga turut memberi kebaikan kepada buah pinggang kerana ia dapat membantu untuk membersihkan asid urik.
Selamat mencuba..
No comments:
Post a Comment