Pages

Friday 28 December 2012

Jenis Perempuan Yang Di Elak Orang Lelaki





Memang susah untuk kenal hati budi seseorang sama ada lelaki ataupun perempuan pada pertemuan pertama. Memerlukan masa untuk memahami perasaan dan pandangan orang yang ingin didekati itu. 

Beberapa sifat perempuan yang lelaki tak suka dan mengelak untuk berdamping dengan perempuan tersebut. Tapi bukan semua lelaki yang bercita rasa begini.

Antaranya: 



1) Perempuan manja 

Sering dilihat sebagai golongan yang suka bergantung harap dan sentiasa mempunyai keinginan tinggi untuk berkahwin. Lebih merisaukan, perempuan jenis ini sukar untuk dikenal pasti sifat sebenar mereka apatah lagi untuk menjalin hubungan yang erat. 

Mula-mula, mereka akan berubah apabila ditegur tentang perangai manja dan sikap terlalu bergantung itu, tapi ababila mereka mula menjalin hubungan dengan seseorang dan dia berasa slamat didampingi, maka akan wujud keperluan-keperluan lain yang perlu dipenuhi si lelaki.



2) Perempuan benci lelaki

Kebanyakkan lelaki gemar memberi peluang kepada perempuan jenis ini, malah berusaha menjalin hubungan dngan mereka kerana difikirkan lebih mencabar. Sifat meraka yang jauh berbeza berbanding perempaun lain membuatkan lelaki mudah tertarik dengan meraka.

Walau bagaimanapun, sifat mencabar dan pemarah ini juga kadangkala membuat ramai lelaki ragu-ragu meneruskan perhubungan yang lebih jauh seperti berkahwin dengan mereka.



3) Perempuan berkarier 

Ramai beranggapan bahawa golongan lelaki terancam dengan perempuan berkarier atau berjaya. Sebenarnya, lelaki bukan terancam untuk bersama permpuan jenis ini. Tapi, sang lelaki beranggapan bahawa perempuan yang berjaya tidak memerlukan lelaki.

Perempuan yang memiliki karier yang stabil akan membeli kereta dan rumah untuk diri sendiri. Mereka juga mempunyai kehidupan sosial yang menyeronokkan. So, kehadiran seseorang lelaki tak mampu menandingi apa yang mereka ada. Tapi, ada juga lelaki yang suka perempuan jenis ini kerana dari segi kewangan, perempuan tidak bergantung kepada mereka.



4) Perempuan banyak cakap 

Mengikut perspektif lelaki, perempuan yang banyak cakap mempunyai kelebihan dan kekurangan. Ada persepsi yang mengatakan peremuan menggunakan lebih daripada 1,000 perkataan setiap hari berbanding golongan lelaki. Tapi, bergantung kepada topik perbualan seseorang individu. 

Contohnya, bila ada topik mengenai sukan maka lelaki gemar berbincang tentang perlawanan, pemain dan keputusannya. Sebaliknya, bila topik bertukar kepada yang lebih feminin, fesyen, kosmetik dan kanak-kanak maka wanitalah yang lebih banyak menceceh.


So, orang perempuan yang dalam usaha nak memenangi hati lelaki, elak-elakkan lah bersikap macam ni ok..



P/S: Tak semua perempuan macam nie.



No comments:

Post a Comment