Korang tahu
apa itu hipokrit? Macam sesuatu perkara yang korang lakukan bukan datang terus
dari hati korang ataupun tidak menunjukkan diri sebenar korang.
Aku nak cerita situasi di mana depan-depan orang kite buat baik, bila dah tiada muka orang tu depan
kite segala keburukan dia jer kite nampak, dah nampak tu tak mau simpan
sorang-sorang, rasa tak tenang jiwa..wajib sebar kat orang lain..konon-konon meluahkan perasaan tapi hakikatnya mengumpat.
Oklah, kite
ni manusia biasa..tidak sempurna, mesti ada ada silap kite buat..aku pun
kadang-kadang tak lari dari hipokrit ni..dalam
sesuatu keadaan kita terpaksa hipokrit bagi menjaga air muka seseorang, jaga
sesuatu hubungan yang terjalin seperti hubungan kekeluargaan, persahabatan dan
masyarakat sekeliling.. tapi hipokrit sebegini aku rasa tak ada silapnya..Contohnya,
kau memang tidak beberapa suka perangai kawan ko ni..tp bila depan kau, kau baiklah ngan
dia, tak kan nak tunjuk depan-depan ko tak suka dia..nanti dia terasa pula tapi kat belakang
dia tak ada lah kau kutuk kaw-kaw perangai yang kau tak senangi tu..macam kau anggap yang tu
memang perangai dia..selagi dia tak melampau, oklah kan.
Yang menjadi silapnya bila kau dah mmg tunjuk kat
orang lain yang kau tak suka si A ni..mcm benci tak boleh tengok muka
langsunglah..tapi bila kau berhadapan dengan orang tu kemainlah manis muka kau,
siap peluk cium tak mahu lepas, siap bergambar-gambar mesra lagi macam kau lah kwn
baik dia..tp bila berlakang dia..kau cakap pergi matilah dia, menyampah bukan main
lagi..siap cakap dengan kawan kau yang lain.
Aku merasa
meluat jika di dalam situasi yang kalo si
A ni cerita kat aku yang dia benci sesangat kat si B tetapi depan biji mata aku sendiri, aku tengok si A ni bukan mainlah lagi mesra dengan si B..aku perhati jer perangai
dia nie..kesian si B, dia tak tahu yang dia ni dibenci sebenarnya...drama
apakah ini?drama yang aku jamin mesti ada antara korang pernah hadapi.
Aku sedih
bila berhadapan dengan drama tersebut..kenapa? sebab aku cuba letakkan diri
aku kat tempat si B..si B mungkin merasakan yang si A ni betul-betul ikhlas berkawan
dengan dia tetapi hakikatnya tidak.
Bagi aku,
kalau dah kau memang tidak menyenangi seseorang, kau diam-diam sudahlah tapi aku tahu
sesetengah orang tu rasa tak tenang nak
simpan sorang-sorang, mesti nak share dengan orang lain juga kan..takpe, share lah ngan orang yang kau boleh percaya, kalau kau rasa dengan share boleh buat hati kau tenang sikit..Tapi kalau tersilap cerita kat orang yang batu api, selamat
menempuh cabaran lah aku ucapkan..ada isu lah nanti timbul antara kau dengan
orang yang kau tak senangi tu..korang pahamkan maksud aku..
Kalau tak
suka, kau janganlah hipokrit terlalu melampau yang boleh orang lihat nak termuntah
hijau, ini kes kalau kau ada cerita kat orang lain lah..just annoyed..biasa-biasa
sudah...Yang penting cuba-cubalah muhasabah diri tu, kenapalah nak membenci sangat orang..kalau
membenci kejayaan dan kelebihan yang dia ada, kau jadilah sebagai inspirasi dan motivasi..kejayaan dan kelebihan
tersebut datang daripadaNYA..Dia akan memberi kepada sesiapa yang Dia
kehendaki..Kalau kau benci dengan
kelemahan dia seperti kelemahan menjaga hati kau, kau maafkanlah dia, cuba
terima dia seadanya dan berdoa untuk dia berubah ke arah yang lebih baik..sebenar-sebenar kelemahan dia datang daripada dirinya sendiri tapi
ingatlah kita, manusia tidaklah sempurna..salah silap tidak dapat lari
daripada kehidupan kita.
Kalau kita membenci orang, jangan
hairan ada orang lain membenci kita..itu adalah karma kehidupan..what goes
around comes around.
No comments:
Post a Comment