Pages

Friday, 21 December 2012

Adam Lanza Remaja Lelaki Yang membunuh 26 Orang Kanak-kanak


Adam Lanza si pembunuh yang menghidapi kecelaruan personaliti, merupakan seorang pelajar pintar tapi pendiam. Dia didakwa mengalami gangguan personaliti dan menghidap sindrom Asperger sejak kecil.

Suasana tenang di Sekolah Rendah Sandy Hook, Connecticut, Amerika Syarikat pada pagi jumaat itu. Ketika jam menunjukkan pukul 9.30 pagi, seorang pelajar dikenali dengan nama Bear dan beberapa pelajar lain membantu gurunya menuju ke pejabat guru besar.
Namun ketenangan di sekolah tersebut tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi tembakan yang bertalu-talu. seorang lelaki bersenjata api telah menyerbu ke kawasan sekolah dalam keadaan muka yang ganas dan marah.

Tanpa mempedulikan siapa mangsanya Adam Lanza 20, menuju ke sebuah kelas yang menempatkan 15 murid dan mula melakukan tembakan rambang. 

Dalam kelas tersebut, cuma seorang kanak-kanak perempuan yang terselamat manakala 14 yang lain maut. Kanak-kanak itu bertindak bijak apabila dia berpura-pura mati. Seluruh badan kanak-kanak itu dipenuhi dengan percikan darah.

Namun Bear dan beberapa rakannya yang menuju ke pejabat guru besar bernasib baik kerana sempat ditarik seorang guru ke dalam sebuah kelas dan pintunya dikunci rapat. 
Selepas membunuh 14 orang Lanza memasuki kelas Victoria Soto dan membunuh guru berusia 27 tahun itu. Guru tersebut sempat menyorokkan anak muridnya di dalam almari tetapi dalam keadaan kelam kabut enam muridnya telah keluar lalu ditembak mati oleh suspek.

Lanza juga pergi ke sebuah kelas lain tetapi ia berkunci rapat dari dalam. Lanza menjerit untuk masuk ke dalam kelas itu. dia kemudian meninggalkan kelas berkenaan. Tidak lama selepas itu dia menembak dirinya sebelum polis sampai ke sekolah itu.

Tragedi menyayat hati yang mengakibatkan 20 kanak-kanak dan enam dewasa mencatatkan satu lagi sejarah hitam di AS. Sebelum itu Lanza telah membunuh ibunya di rumah mereka di Newtown.




 Adam Lanza


Antara gambar kanak-kanak yang ditembak


Victoria Soto 27 tahun




Seorang ahli keluarga mangsa yang menangis selepas menerima berita


No comments:

Post a Comment