Pages

Sunday, 23 December 2012

Kejadian Tembakan Terburuk di Sekolah-sekolah AS


1) Sekolah Bath, Michigan. 

18 Mei 1927, ahli lembaga sekolah Andrew Kehoe yang kecewa dengan pengenalan cukai harta untuk pembangunan sekolah bertindak membunuh isteri dan membakar ladangnya. Dia kemudian meletupkan tiga bom berhampiran sekolah tersebut, lalu menyebabkan 45 orang terbunuh manakala 58 cedera.




2) Virgiana Polytechnic Institute and State University(Virgiana Tech), Blacksburg, Virgiana

16 April 2007, Seorang pelajar Seung-Hui Cho menembak mati 32 orang dan telah mengakibatkan ramai yang cedera. Dua pelajar di dalam asrama mati akibat terkena tembakannya sebelum Cho masuk kedalam bangunan lain di pusat tersebut dengan membawa lebih 400 peluru sebelum melepaskan tembakan rambang. Dia kemudian membunuh diri.




3) University of Texas

1 Ogos 1966. Seorang pelajar, Jeff Weise melepaskan tembakan dari atas bumbung universiti. Kejadian itu menyebabkan 14 orang mati manakal 31 orang cedera. Insiden itu berlaku selepas dia membunuh ibu dan isterinya. Dalam nota yang ditinggalkan sebelum mebunuh diri, Weise meminta autopsi daripada pakar psikiatri bagi mengesahkan sama ada dia menghidap ketumbuhan otak yang berpotensi menjadikan dia bertindak ganas.





4) Sekolah Tinggi Columbine, Colorado 

20 April 1999. Dua pelajar, Eric Harris dan Dylan Klebold bertindak kejam dengan membunuh 13 orang dan mencederakan 23 yang lain sebelum kedua-duanya membunuh diri. Kedua-dua pelajar itu pada mulanya merancang untuk mengebom kantin sekolah dan menembak pelajar yang lalu-lalang di situ, tetapi bom itu tidak meletup.




5) Sekolah Tinggi Tasik Merah, Minnesota

31 Mac 2005. Jeffrey Weise yang berusia 16 tahun menembak mati tujuh pelajar dan mencederakan 14 yang lain. Dia juga membunuh datuk dan teman wanita datuknya dengan pistol. Dia kemudian membunuh dirinya.





No comments:

Post a Comment