Pages

Sunday, 9 December 2012

Penyakit Sentiasa Ketawa

Sindrom Angelman akan menyebabkan pesakit sentiasa ketawa walaupun dia sedang disakiti. 

Seorang kanak-kanak lelaki dari Preston, Lancashire England, Elliot Eland menghidap penyakit yang jarang berlaku, sindrom Angelman, yang membuatkannya tidak berhenti ketawa. Menurut ibu Elliot, Gale, ketika mereka sekeluarga berdepan peristiwa sedih, ketawa Elliot akan membantu mereka melupakan seketika masalah yang dihadapi. Membuatkan kami sekeluarga gembira semula.
Elliot juga akan cuma mampu ketawa walaupun dia dipukul abangnya Alex sewaktu mereka bermain bersama. 

Penyakit sentiasa ketawa dikategorikan sebagai penyakit yang jarang ditemui. Penghidap penyakit ini juga boleh berkomunikasi menggunakan gajet seperti iPad. 



Elliot(kiri) bersama ibu, Gale, bapa, Craig, dan abangnya, Alex


                                     
 ELLIOT cuma mampu ketawa walaupun dipukul ketika bermain bersama







Lagi gambar penghidap penyakit Sindron Angelman..





EKSTRA SINDROM ANGELMAN

  • Sindrom Angelman ialah suatu keadaan genetik yang jarang berlaku. Ia dikenal pasti pada tahun 1965 oleh seorang doktor di Britain, Harry Angelman.
  • Pada asalnya di panggil sindrom Happy Puppet kerana ciri gembira yang ditonjolkan penghidap sebelum ditukar kepada sindrom Angelman pada tahun 1982 
  • Sindrom Angelman bukanlah penyakit. Ia gangguan neorologi yang menyebabkan pesakit menghadapi kesukaran dalam pembelajaran dan memerlukan penjagaan rapi sepanjang hayat mereka. 

No comments:

Post a Comment