Pages

Wednesday 2 January 2013

Benda yang Kita Buat dulu tapi Budak Zaman Sekarang Tidak (10 Photos)


Banyak benda atau perkara yang kita buat dulu tapi tidak budak zaman sekarang tak mungkin dapat nikmati.
Ini kerana mereka sudah mempunyai benda lain yang lebih menarik perhatian meraka. Mari kita tengok apa benda yang dulu ada tapi sekarang tak.



1) Permainan Ding Dang dan Tora (datang lagi). Sekarang budak dah tak pandang bande macam ini. Dulu kita syok je tengok iklan dalam TV dan selalu minta ibu bapa kita beli. 




2) Video Tape Player, Dulu nak tengok Titanic terpaksa la pergi sewa Video Tape dan masukkan dalam ni. Nak rakam cerita kegemaran dalam TV pun guna Tape ni. Sekarang download dan masukkan dalam Hard disc. Boleh main di mana-mana laptop.




3) Televisyen tanpa Remote Control, kalau nak tukar channel terpaksa pergi depan TV untuk tukar atau kuatkan volume. Gambar pun masih hitam putih, dulu-dulu channel tak banyak macam sekarang ini. Sekarang budak duduk je 5 meter pun dah boleh kawal dah TV. 






4) Dulu permainan paling smart dan best adalah TETRIS, YAng paling penting hitam putih dan sangat seronok. Sekarang ada Wii, Playstation dan macam-macam lagi. Semua 3D dan berwarna. Game macam ni siapa la nak main lagi.




5) Kartun zaman dulu macam Doraemon dan Sailormoon siapa la nak tengok, tapi Dragon Ball masih menjadi kegilaan. Sekarang ada Naruto, Fairy Tail Full Metal dan banyak lagi Anime lain.





6) Dulu kalau nak chatting dan berkenalan, kita guna MIRC!! Hanya ada tulisan dan tak ada gambar. Tetapi memang seronok la berkenalan macam tu dulu. Sekarang ada FB dan Twitter dengan menggunakan gambar yang selalunya gambar palsu untuk berkenalan. MIRC sekarang mana ada orang guna lagi.



7) MP3 player zaman dulu adalah WALKMAN, hanya boleh digunakan dengan kaset. Lagu dalam pun selalu di rakam melalui radio sebab tak mampu beli kaset original. Nak rewind lagu pulakadang-kadang guna pensil untuk putar. Zaman sekarang semua lagu boleh dimuat turun dan boleh dimainkan dimana saja pada bila-bila masa. Walkman kalau habis bateri, habis lah semuanya hehehe :) 







8) Dulu kalau nak ingat no telefon orang lain, terpaksa tulis dalam buku kecil. Sekarang dalam HP pun boleh masuk no, gambar, alamt dan macam-macam.





9) Kamera berfilem dah bertukar menjadi kamera digital yang boleh mengambil berjuta gambar tanpa takut boleh expose dan rosak. Dulu nak tengok gambar kena cuci semua gambar baru nampak, dan sekarang 24jam boleh tengok ulang-ulang kali.




10) Kalau dulu nak download guna ni, KaZaa, Napster dan Limewire. Sekarang banyak giler downloader dan boleh muat turun di mana saja.







No comments:

Post a Comment