Pages

Saturday 12 January 2013

19 Tahun Hilang Akhirnya Ditemui






INDIANA- Richard Wayne Landers Jr. hanya berusia 5 tahun apabila dia dibawa lari oleh datuk dan neneknya hanya karana mereka berebut hak penjagaan budak berkenaan daripada ibu kandungnya sendiri.

Kini selepas 19 tahun, Richard akhirnya ditemui dan sudah berusia 24 tahun.

Dia telah dilarikan oleh datuk dan neneknya dari Fort Wayne, dan kini ditemui di Long Praire. 

Richard kini telah berkahwin dan sedang menunggu kelahiran cahaya mata pertama manakala datuk dan neneknya pula menetap di kawasan berhampiran. 

Ibunya, Lisa Harter yang dimaklumkan mengenai penemuannya itu oleh pasukan penyiasat, melompat kegembiraan dan kini berharap dapat bertemu semula dengan anak kandung yang telah lama terpisah. 

Lisa kini yang telah berkahwin lagi dengan Harter.

Polis setakat ini masih belum menentukan sama ada datuk dan nenek Richard iaitu Richard E. dan Ruth A. Landers akan didakwa.

Mereka menculik kanak-kanak itu pada bulan Julai 1994 selepas kecewa kerana kes penjagaan cucu mereka itu ditangguhkan.

Kes itu dibuka semula pada bulan September lalu selepas Harter menyerahkan kad pengenalan anak tirinya kepada polis.

Susulan itu, polis melakukan pengecaman dan terus memulakan siasatan dengan bantuan FBI.

Mereka akhirnya dapat mengesan kedudukan Richard dan siasatan yang dijalankan mendapati datuk dan neneknya menjaga dia dengan baik.



No comments:

Post a Comment