Pages

Saturday, 12 January 2013

5 Tempat Suhu Paling Dingin Di Dunia


Tinggal di iklim Tropika ini, sering membuatkan kita mengeluh kepanasan terutamanya setelah penat seharian bekerja, balik dari sekolah atau berjalan-jalan. Pernah ke kita terfikir macam mana dengan keadaan orang yang tinggal di iklim yang sejuk pula. Mungkin dengan melihat 5 gambar dibawah akan membuatkan kita bersyukur tak alami keadaan seperti itu.



1) Yakutsk, Rusia
Suhu yang terendah di kota wilayah Yakutia ini mencapai serendah 50 darjah Celcius dan biasanya selalu terjadi pada bulan Januari. Walaupun terlalu sejuk bandar ini masih ada mempunyai ramai penduduk. Sekurang-kurangnya ada 200.000 orang yang masih tinggal di bandar ini. 
Penduduk Di sini akan membiarkan kereta mereka sentiasa menyala kerana untuk mengelakkan minyak petrol didalam kereta menjadi beku. 




2) North Ice Station, Greenland
Greenland memang terkenal sebagai kawasan paling sejuk di belahan bumi bahagian barat. 
Tapi, suhu yang terendah pernah tercatat di Greenland adalah di North Ice Station, sebuah daerah pusat penyelidikan milik negara Britain, dengan suhu bawah 66 darjah Celcius.



3) Verkhoyansk, Rusia
Lapan hari memandu kereta dari Yakutsk, baru kita akan bertemu verkhoyansk yang terletak pada lingkaran Artik. Ada 1,300 orang yang tinggal di wilayah ini, dan sebahagian besarnya bekerja sebagai pemburu atau menggunakan kereta salji untuk memandu. Sebenarnya wilayah ini terdapat banyak emas, tapi disebabkan terlalu dingin untuk membuka lombong ia dibiarkan sahaja. Tempat ini dikenali dengan "Stalin's Death Ring" ini hanya boleh dikunjungi semasa musim dingin, ketika itu tasiknya akan membeku. Suhu terendah adalah 60 darjah Celcius.



4) Oymyakon, Rusia 
hanya dihuni oleh 900 orang ini boleh mencapai suhu 71 darjah Calcius ketika musim sejuk. Tapi yang sedihnya musim sejuk disini terlalu lama, iaitu selama 9 bulan. 
Dalam bahasa etnik Sakha Rusia, oymyakon bermaksud "air yang tidak beku"




5) Vostok Station, Antartika 
Ini dia tempat paling sejuk di dunia. Dengan suhu terendah 89 darjah Celcius. Vostok, yang dalam bahasa Rusia bererti "timur", hanya digunakan sebagai pusat penyelidikan milik Rusia. 
Mungkin kerana terlalu dingin, tidak ada orang yang mahu mempunyai rumah di sini.




No comments:

Post a Comment